Followers

Sunday, 18 December 2011

PERBEZAAN INDIVIDU

DEFINISI
Ketidaksamaan dlm aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.
•Temperamen
•Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yg sebahagiannya diwarisi dpr ibu bapa.
•Tahap Tenaga
•Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina semasa terlibat dlm sesuatu aktiviti.
•Pola Persahabatan
•Merujuk kpd aktiviti persahabatan dlm kumpulan rakannya.
•Ada hubungan perapatan – ikatan kasih sayang dgn ibu bapa dan amat istimewa dlm hidupnya. (vertikal).
•Ada hubungan dgn kawan-kawan dikenali sbg hubungan mendatar. (horizontal)

Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti:
1.Temperamen
2.Tahap tenaga
3.Pola persahabatan
4.Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.

ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenagapersonaliti dan emosi.
Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat.
Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dgn konteks pengajaran dan pembelajaran.
Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dlm tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Aspek-aspek Perbezaan Individu
•Fizikal
•Emosi
•Personaliti/sahsiah
•Bangsa/bahasa
•Kesihatan/penyakit
•Lokasi tempat tinggal
•Kecerdasan
•Aspirasi/motivasi
•Status sosio-ekonomi
•Sistem nilai/norma
•Gaya kognitif atau gaya belajar
•Sosial
•Budaya dan world view


a)Jantina
Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi.
Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan jantina.
Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama.
Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik drp lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

b) Fizikal
Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori.
i)Endomorf (bertubuh bulat)
Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.
ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)
Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda boleh terlibat akt delinkuen.
iii) Ektomorf (kurus dan tinggi)
Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia.

c) Kognisi
Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logis, berbahasa, mengira dan berimaginasi).
Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test.
Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .
Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat menyatakan bahawa kecerdasan adalah sama dgn kreativiti.

d) Personaliti
Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja).
Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert.
e) Gaya Kognisi dan Gaya Belajar
Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat.
Gaya belajar adalah persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar.
Witkin (1940) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan gaya belajar bersandar medan.

Kagan (1965) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis iaitu gaya kognitif reflektif dan gaya kognitif impulsif.
Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang kajian literatur gaya belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator (MBTI).
•Ekstrovert lawan introvert,
•Deria lawan gerak hati
•Pemikiran lawan perasaan
•Mengadili lawan mengamati.

Grasha & Reichmann membahagikan 6 dimensi gaya belajar, iaitu:
•Bergantung
•Bebas
•Mengelak
•Bekerjasama bersaing melibat diri.


Kolb (1984) dlm teori pembelajaran pengalaman membahagikan kpd 4 peringkat pengalaman:
•Pengalaman konkrit
•Pemerhatian reflektif
•Perkonsepan abstrak
•Percubaan aktif

f) Kesihatan

Sebahagian besar murid dlm kelas terdiri dpd murid yg sihat, riang, cerdas dan normal.
Murid yg tidak sihat adalah murid yg lemah dlm aktiviti p & p dan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga murid yg kurang siaht dan berpenyakit.
Kanak-kanak cacat

g) Biasanya kanak-kanak suka bermain dan bersosial. Dalam bilik darjah guru boleh menggunakan soalan sosiometri untuk mengetahui pola persahabatan mereka dengan menggunakan simbol-simbol berikut:
•Bintang – murid popular menerima undian 10 dpd murid yg menyukkainya.
•Dyad – bentuk persahabatan 2 orang murid saling bersahabat/saling mengundi.
•klik – bentuk persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama lain.
•Rantai – persahabatan yg memilih kawan secara tersusun A,B,C danseterusnya.
•Pencilan – Murid tidak mengundi sesiapa dan orang lain tidak memilihnya.
•Singkiran – Murid mengundi orang lain dan orang lain tidak memilihnya. pendengaran, penglihatan, bisu, sengau, gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dgn penggunaan alat teknologi dan rawatan

h) Bahasa/Bangsa
Dlm sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi. Ramai ahli psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan kurikulum berbilang budaya dan bahasa dlm subjek silang budaya.

5.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU
Ada 2 faktor besar mempengaruhi perbezaan individu:
a)Faktor baka
b)Faktor persekitaran.
a)Faktor Baka
Setiap manusia mewaris sifat ibu atau bapa melalui gen ibu dan bapanya.
Baka terjadi hasil drp percantuman sel sperma 23 kromosom(lelaki) dan sel ovum 23 kromosom.
b) Faktor Persekitaran
Persekitaran termasuklah perapatan antara anak dan ibu bapa,pengaruh adik beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru, bahan media cetak/elektronik, komputer, sekitar lokasi, masyarakat dan rumah ibadat.


Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga.


a)Autoritarian (peraturan & hukuman)
•Mengenakan peraturan dan hukuman kpd anak-anak mereka,
•Mahukan anak-anak patuh dan hormati merreka
•Peraturan lisan antara ibu bapa dgn anak adalah terhad dan tidak digalakkan.
•Anak yg dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat bersosial dgn baik, bimbang tentang pertandingan, kurang inisiatif dan kurang mahir dlm komunikasi.
Apabila seorang lelaki (x-o) (bermata coklat dan berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dgn wanita bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3 dpd anak mereka akan bermata coklat dan 1 bermata biru).


b) Authoritatif (kebebasan terbatas)
•Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit kawalan
•Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dgn ibu bapa yg menyokong perkembangan mereka.
•Anak yg dibesarkan begini menunjukkan tingkahlaku bersosial yg baik, berdikari, bersosial dgn baik, bersabar dan harga diri yg tinggi.

c)Abaikan (tiada penglibatan)
•Bertindak permisif – tidak terlibat dlm kehidupan anak mereka.
•Sibuk dlm hal lain – tidak sedar tingkah laku anaknya.
•Anak-anak begini tidak dpt bersosial dgn baik, tidak dpt mengawal diri dan tidak bermotivasi.
d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin)
•Ibu bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi kurang mendisiplinkan anak.
•Mereka percaya, anak mereka akan kreatif dan berkeyakinan tinggi.
•Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri dlm masyarakat.

Teori Berkaitan Perbezaan Individu

•Mula dikaji oleh Sir Francis Galton, beliau mengukur kebolehan deria motor (pendengaran, melihat).
•Beliau mendapati kebolehan deria setiap individu berbeza.
•1 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Beliau mengkaji dari segi konteks sosial seseorang kanak-kanak yg mempengaruhi kehidupan dan perkembangan.

•a) Sistem Mikro
Hubungan sosial kanak-kanak dgn alam sekitarnya (keluarganya, guru, rakan dan jiran).
Kanak-kanak akan berinteraksi secara timbal balik(bertolak ansur) dgn org lain.

•b) Sistem Meso
Ada kaitan dgn sistem mikro. Dlm hubungan pengalaman dgn alam sekitar boleh mempengaruhi pengalaman sistem mikro yg lain.
Contoh: Kanak-kanak dipinggir oleh keluarga boleh mempengaruhi hubungannya dgn guru.
c) Sistem Ekso
Pengalaman kanak-kanak dan guru (pasif) dlm sesuatu tempat akan dipengaruhi oleh pengalaman dari tempat lain. JPN ….PPD ….SEKOLAH.
d) Sistem Makro
Melibatkan budaya yg lebih luas (nilai, adab resam) boleh mempengaruhi setiap individu.

e) Sistem Krono
Merujuk kpd keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang kanak-kanak.
Contoh: Kanak-kanak sekarang dibesarkan dlm teknologi elektronik.

2. Teori Perkembangan Pergerakan (motor) Arnold Gesel

•Arnold Gesel mempercayai baka/genetik sebagai pembentukan perkembangan kanak-kanak yg berbeza-beza.
•Kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama dan boleh mempengaruhi proses pembelajaran.
•Perkembangan kanak-kanak mengikut pola dan urutan tertentu dan kita boleh meramalkan perkembangan tingkah laku kanak-kanak.


•Peringkat perkembangan motor kanak-kanak:
•a) Peringkat pertama (lahir – 1 tahun).
•b) Peringkat kedua ( 1 tahun – 2 tahun).
•c) Peringkat ketiga (2 tahun – 3 tahun).
•d) Peringkat keempat (3 tahun – 4 tahun).
•e) Peringkat kelima (4 tahun – 5 tahun).
•3. Teori Tugas Perkembangan Havighurst
•Atan Long (1980) berpendapat `tugas perkembangan` adalah jangkaan dan harapan ibu bapa serta masyarakat tentang pencapaian sesuatu tingkah laku pada peringkat umur tertentu.
•Newman dan Newman (1999) menyatakan satu set kemahiran/kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu untuk meramal penguasaan terhadap persekitaran.

4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson
•Seseorang kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang hayatnya dan mereka mesti berjaya melepasi tahap dan krisis tersebut.
•Kanak-kanak yg gagal melepasi tahap tersebut akan gagal sehingga akhir hayat.

Pertama
0 – 18 bln
Percaya lwn tidak percaya
Kedua
18bln-3 thn
Autonomi lwn malu/sangsi
Ketiga
3thn-6 thn
Inisiatif lwn bersalah
Keempat
6thn-12 thn
Industri lwn rendah diri
Kelima
12 th -20th
Identiti lwn keliru
Keenam
20 th-40 th
Mesra lwn asing diri
Ketujuh
40 th-60 th
Generativiti lwn kendiri
Kelapan
60 th atas
•a) Kesediaan belajar


Implikasi
Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan kecerdasan. Murid lemah sekiranya tidak dibimbing akan ketinggalan pada tajuk-tajuk seterusnya.
•b) Objektif P &P
Guru perlu merangka objektif p & p sesuai dgn kebolehan yg pelbagai murid di dlm kelas.
•c) Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran
Pelajar bermasalah (disruptif dan destruptif) dlm p & p sering mengganggu perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga murid tingkah laku bermasalah positif.


•d) Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
•Setiap murid mempunyai gaya belajar yg berbeza spt audio, visual, proses maklumat secara global dan analitikal.
•e) Perbezaan Personaliti
•Perbezaan personaliti murid spt pintar tetapi pendiam, bersendirian pendiam, pintar ramai kawan, peramah dan ramai kawan dan berfikiran terbuka dan riang.

5.6 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

•a) Kaedah Kumpulan
Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran.
b) Program Pengayaan dan Pemulihan
Aktiviti ini dijalankan selepas P &P.
c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia
Perisian e-learning dlm komputer bersesuai dgn kebolehan murid.
d)Pengajaran Koperatif
Dlm sesuatu kumpulan terdiri drp murid heterogenius supaya mereka bantu membantu.

•e) Peneguhan Positif dan Negatif
Semasa p & p guru harus memberi peneguhan untuk membentu tingkahlaku murid.
f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan
Tugasan ini diberi sesuai dgn tahap keupayaan murid.
g) Pengajaran dan Pembelajaran Individu
Bimbingan individu kpd pelajar yg lemah.
h) Mempelbagai Bentuk Penilaian
Guru boleh menilai murid semasa aktiviti p&p.
i)Mempelbagai Strategi P & P
Strategi p & p haruslah menarik.
j) Mempelbagai Bahan Bantu Balajar
Bahan bantu mengajar yg menarik boleh meransang minda pelajar untuk berfikir.

PERKEMBANGAN MANUSIA

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(Atan Long,1980)
Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

KESIMPULAN:
Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma


PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Aspek
Proses pertumbuhan (Perubahan kuantitatif)
Proses perkembangan (Perubahan kualitatif)

Jasmani
Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah
Bertambah kemahiran menggunakan anggota
spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat
Mental
Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara
Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan.
Sosial
Mula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru.
Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya.
Emosi
Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya.
Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA

Faktor Endogen(dalam individu)
v Dibawa oleh individu sejak dlm
kandungan hingga kelahiran.
v Faktor keturunan atau pembawaan
v Cth: Baka Faktor Rh darah
Pemakanan Kesan X-Ray
Kesihatan Ibu Emosi Ibu
Dadah dan Alkohol Umur Ibu
Merokok Teratogenik dan
Penyakit Ibu

Faktor Eksogen
v Faktur yg datang dari luar diri individu.
v Cth: Pemakanan
Keluarga
Rakan Sebaya
Sekolah
Tempat Tinggal
Media Elektronik dan Sebaran Am
Pusat Ibadat
Persekitaran Dunia

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Ciri Perkembangan

Proses yg berterusan sepanjang hayat
Orang tua berumur 80 thn mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dgn cucunya
Proses perubahan yg berlaku akibat tindakan saling kait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran
Apabila kaki kanak-kanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia bersedia utk belajar berjalan
Perubahan yg dialami adalah dari segi fungsi jasmani, emosi, mental dan sosial.
Kanak-kanak yg belajar merangkak, meluahlan perasaan gembira, mempelajari bertutur dan bergaul dgn kanak-kanak lain.
Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had per-kembangan, manakala persekitaran akan me- nolong perkembangan mencapai tahap yg maksimum.
Kanak-kanak yg dilahirkan dgn bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yg memupuk bakat ini mungkin tidak boleh mencapai potensinya sebagai pelukis.
Proses perubahan ke arah sifat yg sejagat dan mengikut aturan semula jadi serta menuju ke arah tertentu dan dijangkakan.
Kanak-kanak di dunia boleh merangkak pada peringkat umur satu tahun, berjalan pada umur dua tahun dan bertutur pada umur tiga tahun.
Ada tugas terdapat dlm semua kebudayaan dan timbul pada masa lebih kurang sama walaupun dlm kebudayaan yg berlainan.
Kanak-kanak dari kebudayaan yg berlainan dapat belajar berjalan sebelum mencapai umur dua tahun.
Ada tugas yg wujud pada umur yg berlainan mengikut kebudayaan atau kelas sosial.
Dalam kebudayaan Malaysia, tugas perkahwinan berlaku lebih awal dikalangan kelas sosial bawahan berbanding dgn kelas pertengahan.
Ada tugas yg berkait rapat dgn kebudayaan.
Kanak-kanak negara membangun bekerja pada umur 15 thn atau kurang berbanding negara Barat pada umur 18 thn atau lebih.
Ada tugas yg wujud mengikut keperluan kebudayaan
Di negara Barat terdapat ramai pemandu lori atau bas wanita
Ada tugas yg dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan masa yg agak lama
Individu belajar peranan jantina dari peringkat awal kanakkanak dan awal dewasa hingga berkahwin.
Ada tugas yg perlu dipelajari sekali sahaja.
Kanak-kanak perlu belajar berjalan sekali sahaja.

Teori-Teori Perkembangan Manusia

Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
Tiga alam kesedaran:
i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan
ingatan.
ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan
persepsi dan perasaan.
iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan
pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi
semua naluri serta keinginan manusia.

Tiga elemen perkembangan personaliti
manusia;
i) Id--mementingkan keseronokan, diwarisi, gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak rasional dan berkehendakkan kepuasan.
ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri.
iii) Superego—menyerupai hati nurani, kawal ego dan id, bermoral, berkembang kerana pengaruh persekitaran, mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat,ada ganjaran dan hukuman.

Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud

Umur
Peringkat
0-18 bulan
Oral
2-4 tahun
Anal
4-6 tahun
Falik
6-12 tahun
Latensi
12 tahun ke atas
Genital

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Dua proses utk membina kefahaman:
i)Organisasi
ii)Adaptasi
Dua cara proses adaptasi:
i)Proses asimilasi-menambah maklumat baru
ii)Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada utk memahami maklumat baru.

Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat organisasi atau adaptasi semula pada skemata utk mendapat keseimbangan.

Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget

Umur
Peringkat &
Cara Berfikir

0-2 tahun
Deria motor
Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran
2-7 tahun
Praoperasi
Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan.
7-11 tahun
Operasi konkrit
Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya
12 tahun ke atas
Operasi formal
Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip,iaitu :
•Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
•Perkembangan individu bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
•Perkembangan manusia mengikut tahap-
tahap yang tertentu.

•Setiap tahap mempunyai konflik dan
konflik ini mesti diatasi sebelum individu
dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.
•Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu
tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap berikutnya.

Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori Erikson

Tahap
Peringkat Umur & Konflik
Pertama
0-18 bulan
Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya
Kedua
18 bulan-3 tahun
Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi
Kelima
12 tahun-20 tahun
Tahap indentity lawan kekeliruan peranan
Keenam
20 tahun-40 tahun
Tahap intimasi lawan pengasingan diri
Ketujuh
40 tahun-60 tahun
Tahap generativiti lawan stagnasi
Kelapan
60 tahun ke atas
Tahap intergriti ego lawan putus asa


Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif

•Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat dilihat dan diukur.
•Perubahan berlaku kerana pengalaman
•Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan
•Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan.
•Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura

Teori Pelaziman Klasik Pavlov


•Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov.
•Kajian terhadap sistem pencernaan anjing
menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas.
•Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg menimbulkan gerak balas.
•Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul akibat ransangan.
•Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas dinamakan pelaziman.
•Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.
•John B. Watson(1878-1958) membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan

Teori Pelaziman Operan Skinner


•B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg panjang.
•Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg mudah.
•Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung merpati.
•Menghasilkan Skinner Box.
•Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
•Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk perkembangan individu

Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)


•Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)
•Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran.
•Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dlm perkembangan.
•Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan
Empat langkah proses peniruan oleh Bandura:

(i)Tumpuan kpd tingkah laku model (attention).
(ii)Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan (retention).
(iii)Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk tingkah laku (reproduction).
(iv)Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan tingkah laku, cth pemberian peneguhan.

Teori Ethologi Lorenz


•Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan semula jadi.
•Evolusi dan faktur biologi berperanan penting dlm perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting.
•Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa.
•Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula jadi mereka.

•John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan (Theory of Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan.
•Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain.
•Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

Teori Perkembangan Ekologikal

•Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma.
•Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat persekitaran ekologikal manusia berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu itu berinteraksi.
•Lima sistem persekitaran ekologikal ialah:
(a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro
(b) Sistem Meso (e) Sistem Krono
(c) Sistem Ekso

(a)Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir dgn individu, cth rumah dan bilik darjah.
(b)Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn individu lain dlm persekitaran di mana individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran.
(c)Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth tempat kerja ibu bapa.
(d)Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks, merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi.
(e)Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi yg berlaku dlm persekitaran individu sepanjang hayatnya.

Teori Perkembangan Arnold Gesell

•Arnold Lucius Gesell(1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran.
•Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan yg berlainan.
•Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg membawa kpd perkembangan seterusnya.

Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst

•Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980).
•Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu utk menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999)

•Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
•Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal.

Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja

Awal Kanak-kanak (0-6 tahun).
(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif.
•Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.
•Pertambahan berat badan 5 paun setahun.
•Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang muka.
•Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua gigi susu.
•9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat.
Bersedia menghadam dan
menyerap pelbagai jenis
makanan.
•20-24 bulan: Menggabung perkataan utk
menjadi suku kata.
•2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran.
•5-6 tahun: Bersedia utk membaca.
•6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk


Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget:

(i) Peringkat deria motor (0-2 tahun)
•Guna deria motor utk berinteraksi.
•Tidak mempunyai konsep kewujudan objek.
(ii) Peringkat praoperasi (2-7 tahun)
•Guna simbol utk mewakili aspek persekitarannya.
•Pertuturan bersifat egosentrik.
•Belum dapat konsep kebalikan, pengekalan, dan transformasi.
•Pemikiran realisme, animisme dan artifisialisme

Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson:
(i)Percaya lawan tidak percaya (0-1 tahun)
•Kepercayaan pada persekitaran dan orang lain wujud bila bayi mendapat penjagaan yg baik dari penjaga terutama ibu.
•Memudahkan individu menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian.

(ii) Autonomi lawan rasa malu atau sangsi
(2-3 tahun)
•Mahu melakukan sesuatu dgn sendiri.
•Keinginan melakukan sesuatu secara bebas.
•Permulaan pembentukan perasaan keyakinan diri.
•Ibu bapa perlu bagi galakan dan dorongan dan bantu menyelesai sesuatu tugas.
•Kawalan ketat dan dendaan menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu dan tidak gemar mencuba sesuatu yg baru dan mencabar.

(iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun).
•Mula berinteraksi dan terdedah kpd persekitaran yg mencabar.
•Berinisiatif meneroka serta melakukan sesuatu yg baru bagi memenuhi naluri ingin tahu.
•Cuba melakukan sesuatu yg tidak setimpal dgn usianya kerana perkembangan kognitif dan fizikal telah bertambah.
•Kritikan dan dendaan menyebabkan wujud perasaan bersalah dan tidak berinisiatif.

2.6.2 Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif
Menurut R. Havighurst:
•Mempelajari kemahiran fizikal utk permainan biasa.
•Membentuk sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri.
•Belajar menyesuaikan diri dgn rakan sebaya.
•Belajar bertingkah laku mengikut jantina.
•Pengalaman pembelajaran 3 M: membaca, menulis dan mengira.
•Memperoleh simpanan konsep yg mencukupi utk berfikir dan membuat keputusan dlm kehidupan.
•Membentuk taraf moral yg tinggi.
•Mencapai kebebasan diri.
•Membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi.

Berdasarkan Teori Piaget:
•Kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dgn baik.
•Pertumbuhan mata lebih baik.
•Pemikiran tidak lagi egosentrik.
•Pemusatan perhatian mula berkurangan.
•Mula faham konsep transformasi, kebalikan dan pengekalan.
•Berfikiran logik.
•Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan waktu.
•Dapat menguasai operasi siri dan boleh menaakul.
•Berupaya menggambarkan situasi yg mudah.
•Boleh menyiapkan tugasan.
•Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti
•Gemar memerhati perkara dan situasi yg baru.
•Berupaya duduk dan mendengar.
•Bersikap ingin menilai.
•Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh sejarah.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

•(b) Perkembangan Sosial dan Emosi
Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial
Erikson:
(iv) Industri (ketekunan) lawan rasa rendah
diri.
•Kanak-kanak berada di sekolah rendah.
•Guru dan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan.
•Pemikiran mencapai operasi konkrit.
•Berupaya membuat transformasi dan berfikiran logik.
•Melakukan tugasan dgn penuh minat dan tekun.
•Guru dan ibu bapa perlu bimbing kanak-kanak utk pupuk sikap rajin.
•Jika dimarahi dan dikritik atau kerja tidak dihargai, kanak-kanak berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada kebolehan diri sendiri
2.6.3 Tahap Remaja (13-21 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif
Havighurst berpendapat:
•Remaja mencapai perhubungan baru dgn rakan sebaya dari kedua jantina.
•Pencapaian akil baligh membawa kpd perubahan bentuk badan.
•Menerima peranan sosial mengikut jantina.
•Mencapai kebebasan emosi dan ekonomi drp ibu bapa atau orang dewasa. Perkembangan Fizikal dan Kognitif
•Bersedia utk pekerjaan dan menunjukkan minat utk memikul tanggung jawab.
•Mencapai satu set nilai dan sistem etika.
•Bersedia utk berkeluarga

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget:
•Remaja mencapai akil baligh-- pecah suara, pengeluaran sperma, kedatangan haid.
•Perubahan tubuh badan.
•Bimbang jika pertumbuhan fizikal kurang sempurna.
•Dari segi mental, remaja boleh menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak.
•Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.
•Mengaplikasi prinsip utk menyelesaikan masalah.
•Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.
•Skemata akan bertambah.
•Dapat melihat kaitan antara situasi yg relevan ketika menyelesaikan masalah.
•Tidak bersikap autoritarian tentang pendapatnya.
•Menerima satu set kepercayaan dan nilai.
•Dapat membezakan antara baik dan buruk.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi



Berdasarkan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson:
(v) Identiti lawan kekeliruan peranan (role
confusion).
•Berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka.
•Sekiranya gagal, mula meragui peranan dan fungsi mereka dlm masyarakat.
•Dapat menyesuaikan diri dgn orang lain dan rasa diterima.
•Remaja yg mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka bekerjasama, simpati, mudah akrab, disiplin dll.
•Remaja yg tidak mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dsb.

2.7 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru

•Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian,
•Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri,
•Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai
•Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yg ditetapkan.
•Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yg tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu.
•Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.
•Merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan pelajar.
•Prihatin dan sabar dlm membimbing pelajar.
•Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar.
•Membuat intervensi utk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.
•Berbincang dgn ibu bapa tentang langkah yg perlu dilakukan utk sama-sama mengatasi masalah pelajar.

Monday, 4 April 2011

PELAJAR MENINGGAL AKIBAT PUKULAN GURU

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.


Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.


“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.


Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.


Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.


Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.


Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.


“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.


“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.


Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.


“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.


Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tuesday, 29 March 2011

SALAM PERJUMPAAN KEMBALI

Bertemu kembali kita dalam subjek Psikologi Pendidikan Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang akan bermula pada 01 April,15 April, 22 April, 06 Mei dan 20 Mei 2011 nanti. Setelah setahun lebih program KDP 14 Minggu diberhentikan seketika, sekarang program ini berjalan kembali dengan program baru yang dinamakan PPG. Usaha pihak kerajaan untuk mencapai target tahun 2015 80% guru yang berada di sekolah rendah memiliki ijazah.

Untuk kemasukan PPG tahun ini hampir 800 guru di Negeri Kelantan telah dipanggil dan mengikuti kursus ini. PPG ini akan dijalankan dengan usahasama Open Universiti Malaysia (OUM) bagi menampung keperluan tenaga pensyarah dan fasiliti tempat belajar. Jadi marilah rebut peluang keemasan ini para guru sekelian, bagi mengutip sebanyak mungkin ilmu untuk kita curahkan kepada anak didik kita di sekolah yang dahagakan ilmu pengetahuan dari sifu gurunya.

Sementelah pihak KPM telah memberi peluang belajar secara percuma pada hujung minggu ini, maka amatlah rugi jika para guru melepaskan peluang yang diberikan ini. Menuntut ilmu bukan kerana terpaksa sebaliknya jadikan ianya sebagai tuntutan individu untuk menambahkan kompetensi bidang profesional masing2. Apa yang paling penting sekali, jangan kita merasa rendah diri dan terlambat untuk menuntut ilmu disebabkan usia sudah semakin tua, kerana dalam Hadis menyebut "Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad". Maknanya menuntut ilmu itu tiada had masa dan usia malah sepanjang hayat.

"SELAMAT MENEMPUHI ALAM BELAJAR DEWASA"

Thursday, 1 October 2009

JAMUAN PENUTUP

01 Okt. 2009, Majlis Jamuan ini telah diadakan di New Horison Kota Bharu pada 3.00ptg. Majlis dihadiri tetamu jemputan YBhg Prof Madya Dato' Dr. Nik Najib Nik Abdul Rahman Pengarah OUM Kampus Kota Bharu, Wakil Pengarah Tn Hj Tuan Othman, Penyelaras OUM En Syaari Omar, Pensyarah-pensyarah terlibat serta para pelajar OUM.

Sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar KDP OUM Jun 09 khususnya pelajar-pelajar KDP 3 di atas jemputan ke majlis tersebut. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada lain masa dan ketika.


Saturday, 12 September 2009

CONTOH SOALAN FINAL EXAM 2007

BAHAGIAN A
Bahagian A mengandungi 10 soalan. Jawab SEMUA.

1. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Jelaskan dua faktor tersebut.

Jawapan :
- Persepsi dan penanggapan
- Gaya kognitif
- Kemahiran berfikir
- Kecergasan
- Kesediaan pembelajaran
- Pemindahan pembelajaran
- Ingatan dan lupaan

(1 fakta = 1 markah 2 fakta = 2 markah )


2. Menurut Flavel, pengetahuan metakognitif terbahagi kpd 3 jenis pengetahuan. Senaraikan dua jenis pengetahuan metakognitif.

Jawapan :
- Pengetahuan personal
- Pengetahuan tugas
- Pengetahuan strategi

(1 fakta = 1 markah 2 fakta = 2 markah )


3. Apakah implikasi hasil kajian Watson tentang kanak2, tikus, bunyi?

Jawapan :
- Guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid dgn menentukan rangsangan yg akan didedahkan kpdnya dan jenis gerak balas yg akan dihasilkan.

- Guru hendaklah sentiasa memilih rangsangan yg menyoronokkan.

(1 fakta = 2 markah )


4. Jelaskan dengan contoh teori pembelajaran Gestalt

Jawapan ;
Teori Gestalt mengkaji subjek dari subjek dari aspek psikologi daripada proses pemerhatian yg mudah kpd personalitinya iaitu perlu melihat polanya sbg satu keseluruhan. Contoh konsep Celik Akal yang dikemukakan Kohler iaitu penyelesaian masalah berlaku secara tiba2 dan lengkap.

(2 markah. )

5. Jelaskan peranan guru dalam pengajaran Masteri.

Jawapan:
- Dalam pengajaran masteri peranan guru adalah menyediakan bimbingan atau pelajaran tambahan kpd murid yg belum menguasai sesuatu tajuk kecil.

(1 markah).


6. Huraikan secara ringkas Dua prinsp teori pembelajaran Skinner yang boleh anda aplikasikan di dalam kelas.

Jawapan :
- Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkahlaku yg diingini hendaklah secara bersistematik
-Ganjaran yg diberi haruslah bersesuaian dgn umur pelajar.
-Guru perlu berhati2 apabila memberikan peneguhan negatif krn dia mungkin menganggap hukuman.
-Gerak balas yang diperoleh hasil daripada ransangan haruslah dikukuhkan untuk membntuk pelaziman.
-Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
(Menghuraikan 2 fakta di atas secara ringkas = 2 markah)



7. Berikan DUA strategi mengaplikasikan pemikiran kritis dalam P & P?
Jawapan;
-Memberi latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.
-Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam @ diluar sekolah.
-Menghasilkan idea @ ciptaan yang kreatif dan inovatif
-Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat
(1 fakta 1 markah / 2 fakta 2 markah)



8.Terangkan secara ringkas mengapa pelajar pendidikan khas perlu terlibat secara aktif?
Jawapan;
- Ia bertujuan untuk membantu mereka menguasai sesuatu tugasan @ konsep tertentu, Contoh bahan konkrit digunakan untuk memberi gambaran kepada pelajar buta membuat sentuhan.
(1 fakta 1 markah)


9. Jelaskan secara ringkas DUA orinsip melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu.
Jawapan;
- Sesuai dgn umur
-Fleksibel berorientasikan masa akan datang
-Mengguna pakai pendekatan holistik untuk pendidikan pelajar
-Menggunakan model bertumpukan potensi pelajar dalam mencapai pendidikan yang baik, sosial dan hasilan tingkahlaku
-Meningkatkan estim (sanjungan) pelajar
-Mengekalkan pelajar di sekolah
-penyediaan informasi mengenai perkembangan kemajuan pelajar
(2 fakta 2 markah)


10. Jelaskan Dua perkara yang diberi perhatian dalam penggunaan pendekatan konstruktivisme?
Jawapan;
-Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar
-Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
-Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain
(2 fakta 2 markah)


BAHAGIAN B
Bahagian B mengandungi TIGA soalan. Jawab DUA soalan.


1. (a) Jelaskan DUA prinsip pembelajaran oleh Pavlov.
JAWAPAN;
-Generalisasi
Rangsangan yang sama akan menghasilkan gerak balas yang sama.
-Diskriminasi
Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.
-Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak lazim. (4 markah)


(b) Jelaskan DUA hukum pembelajaran yang disarankan oleh Thonrdike.
JAWAPAN;
-Hukum Kesediaan
Apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.
-Hukum latihan
Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan.
-Hukum kesan
Jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sbaliknya. (4 Markah)


(c) Pilih satu daripada hukum Thorndike atau Pavlov untuk digunakan menyelesaikan masalah pembelajaran.
JAWAPAN ;
- Contoh ; Pelajar sukar memahami konsep matematik.
- Pelajar sukar memahami konsep matematik dijelaskan dengan penjelasan berdasarkan 3 hukum pembelajaran;
1. Hukum kesediaan, hukum latihan, hukum kesan (berserta huraian)
(7 markah)


2 (a) Apa yang anda faham tentang kenyataan Gardner bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantungan?
JAWAPAN;
Seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain yang lain. Contohnya terdapat seseorang itu tidak menunjukkan pencaaian akademik yang baik, sebaliknya cemrlang dalam kerjayanya dlam bdang masakan. (3 markah)


(b) Berdasarkan kefahaman anda huraikan TIGA jenis kecerdasan daripada Teori Kecerdasan Pelbagai.
JAWAPAN;
- ada 8 (rujuk dlm modul) (6 markah)


(c) Jelaskan TIGA ciri yang dimiliki oleh seorang yang berfikir secara kritis.
JAWAPAN;
Ciri seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir;
-Menguruskan kehidupan dengan lebih efektif
-Memudahkan pencapaian dalam hidup
-Menghadapi masalah dengan berkeyakinan tinggi
-Membuat keputusan yang paling tepat
(6 markah)


3 (a) Jelaskan secara ringkas hukum Pragnanz.
JAWAPAN;
- Prinsp kedekatan
Ransangan yang teletak dekat antara satu sama lain akan berkumpul dalam bidang pengamatan kita.
- Prinsip bentuk dan latar
Terbahagi kepada dua komponen iaitu bentuk dan latar. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk pemerhatian kita yang lain menjadi latar.
- Prinsip kesamaan
Kecenderungan untuk mengumpulkan rangsangan yang sama dalam satu kumpulan.
- Prinsip simetri
Lebih mudah mengngati bentuk yang sesuai dari bentuk yang tidak simetri.
-Prinsip lengkapan
Individu cenderung untuk melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap dalam pengamatan mereka.


(b) Mengapa wujudnya lupaan di kalangan murid dlam bilik darjah?
JAWAPAN;
-Keusangan
-Gangguan
-Tekanan
-Kebimbangan
-Minat
-Perubahan alam sekitar
-Masa yang tidak mencukupi
-Maklumat yang tidak lengkap.


(c) Seseorang guru yang berdedikasi akan cuba menyelesaikan masalah pembelajaran dengan melatih kemahiran belajar untuk meningkatkan prestasi pelajar. Jelaskan secara ringkas TIGA kemahiran belajar yang anda akan perkenalkan.
JAWAPAN;
Kemahiran belajar;
- Kemahiran dalam proses belajar,
ia melibatkan kemahiran membaca, memahami,mengingati, dan mengaplikasi apa yang dikuasai.
-Kemahiran mengurus masa
Penyediaan jadual waktu mengikut kepentingan.
-kemhiran perpustakaan
Kecekapan menggunakan teknik carian dalam perpustakaan
-kemahiran memproleh maklumat
mengenalpasti maklumat yang diperlukan
-kemahiran membaca
kemahiran membaca secara pantas
-kemahiran membuat nota
kecekapan teknik membuat nota seperti lakaran dsb
-kemahiran motivasi
merangsang dengan memberi ganjaran @ hukuman. (5 markah)