Followers

Sunday, 18 December 2011

PERBEZAAN INDIVIDU

DEFINISI
Ketidaksamaan dlm aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.
•Temperamen
•Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yg sebahagiannya diwarisi dpr ibu bapa.
•Tahap Tenaga
•Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina semasa terlibat dlm sesuatu aktiviti.
•Pola Persahabatan
•Merujuk kpd aktiviti persahabatan dlm kumpulan rakannya.
•Ada hubungan perapatan – ikatan kasih sayang dgn ibu bapa dan amat istimewa dlm hidupnya. (vertikal).
•Ada hubungan dgn kawan-kawan dikenali sbg hubungan mendatar. (horizontal)

Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti:
1.Temperamen
2.Tahap tenaga
3.Pola persahabatan
4.Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.

ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenagapersonaliti dan emosi.
Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat.
Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dgn konteks pengajaran dan pembelajaran.
Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dlm tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Aspek-aspek Perbezaan Individu
•Fizikal
•Emosi
•Personaliti/sahsiah
•Bangsa/bahasa
•Kesihatan/penyakit
•Lokasi tempat tinggal
•Kecerdasan
•Aspirasi/motivasi
•Status sosio-ekonomi
•Sistem nilai/norma
•Gaya kognitif atau gaya belajar
•Sosial
•Budaya dan world view


a)Jantina
Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi.
Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan jantina.
Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama.
Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik drp lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

b) Fizikal
Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori.
i)Endomorf (bertubuh bulat)
Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.
ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)
Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda boleh terlibat akt delinkuen.
iii) Ektomorf (kurus dan tinggi)
Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia.

c) Kognisi
Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logis, berbahasa, mengira dan berimaginasi).
Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test.
Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .
Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat menyatakan bahawa kecerdasan adalah sama dgn kreativiti.

d) Personaliti
Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja).
Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert.
e) Gaya Kognisi dan Gaya Belajar
Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat.
Gaya belajar adalah persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar.
Witkin (1940) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan gaya belajar bersandar medan.

Kagan (1965) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis iaitu gaya kognitif reflektif dan gaya kognitif impulsif.
Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang kajian literatur gaya belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator (MBTI).
•Ekstrovert lawan introvert,
•Deria lawan gerak hati
•Pemikiran lawan perasaan
•Mengadili lawan mengamati.

Grasha & Reichmann membahagikan 6 dimensi gaya belajar, iaitu:
•Bergantung
•Bebas
•Mengelak
•Bekerjasama bersaing melibat diri.


Kolb (1984) dlm teori pembelajaran pengalaman membahagikan kpd 4 peringkat pengalaman:
•Pengalaman konkrit
•Pemerhatian reflektif
•Perkonsepan abstrak
•Percubaan aktif

f) Kesihatan

Sebahagian besar murid dlm kelas terdiri dpd murid yg sihat, riang, cerdas dan normal.
Murid yg tidak sihat adalah murid yg lemah dlm aktiviti p & p dan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga murid yg kurang siaht dan berpenyakit.
Kanak-kanak cacat

g) Biasanya kanak-kanak suka bermain dan bersosial. Dalam bilik darjah guru boleh menggunakan soalan sosiometri untuk mengetahui pola persahabatan mereka dengan menggunakan simbol-simbol berikut:
•Bintang – murid popular menerima undian 10 dpd murid yg menyukkainya.
•Dyad – bentuk persahabatan 2 orang murid saling bersahabat/saling mengundi.
•klik – bentuk persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama lain.
•Rantai – persahabatan yg memilih kawan secara tersusun A,B,C danseterusnya.
•Pencilan – Murid tidak mengundi sesiapa dan orang lain tidak memilihnya.
•Singkiran – Murid mengundi orang lain dan orang lain tidak memilihnya. pendengaran, penglihatan, bisu, sengau, gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dgn penggunaan alat teknologi dan rawatan

h) Bahasa/Bangsa
Dlm sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi. Ramai ahli psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan kurikulum berbilang budaya dan bahasa dlm subjek silang budaya.

5.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU
Ada 2 faktor besar mempengaruhi perbezaan individu:
a)Faktor baka
b)Faktor persekitaran.
a)Faktor Baka
Setiap manusia mewaris sifat ibu atau bapa melalui gen ibu dan bapanya.
Baka terjadi hasil drp percantuman sel sperma 23 kromosom(lelaki) dan sel ovum 23 kromosom.
b) Faktor Persekitaran
Persekitaran termasuklah perapatan antara anak dan ibu bapa,pengaruh adik beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru, bahan media cetak/elektronik, komputer, sekitar lokasi, masyarakat dan rumah ibadat.


Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga.


a)Autoritarian (peraturan & hukuman)
•Mengenakan peraturan dan hukuman kpd anak-anak mereka,
•Mahukan anak-anak patuh dan hormati merreka
•Peraturan lisan antara ibu bapa dgn anak adalah terhad dan tidak digalakkan.
•Anak yg dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat bersosial dgn baik, bimbang tentang pertandingan, kurang inisiatif dan kurang mahir dlm komunikasi.
Apabila seorang lelaki (x-o) (bermata coklat dan berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dgn wanita bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3 dpd anak mereka akan bermata coklat dan 1 bermata biru).


b) Authoritatif (kebebasan terbatas)
•Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit kawalan
•Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dgn ibu bapa yg menyokong perkembangan mereka.
•Anak yg dibesarkan begini menunjukkan tingkahlaku bersosial yg baik, berdikari, bersosial dgn baik, bersabar dan harga diri yg tinggi.

c)Abaikan (tiada penglibatan)
•Bertindak permisif – tidak terlibat dlm kehidupan anak mereka.
•Sibuk dlm hal lain – tidak sedar tingkah laku anaknya.
•Anak-anak begini tidak dpt bersosial dgn baik, tidak dpt mengawal diri dan tidak bermotivasi.
d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin)
•Ibu bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi kurang mendisiplinkan anak.
•Mereka percaya, anak mereka akan kreatif dan berkeyakinan tinggi.
•Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri dlm masyarakat.

Teori Berkaitan Perbezaan Individu

•Mula dikaji oleh Sir Francis Galton, beliau mengukur kebolehan deria motor (pendengaran, melihat).
•Beliau mendapati kebolehan deria setiap individu berbeza.
•1 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Beliau mengkaji dari segi konteks sosial seseorang kanak-kanak yg mempengaruhi kehidupan dan perkembangan.

•a) Sistem Mikro
Hubungan sosial kanak-kanak dgn alam sekitarnya (keluarganya, guru, rakan dan jiran).
Kanak-kanak akan berinteraksi secara timbal balik(bertolak ansur) dgn org lain.

•b) Sistem Meso
Ada kaitan dgn sistem mikro. Dlm hubungan pengalaman dgn alam sekitar boleh mempengaruhi pengalaman sistem mikro yg lain.
Contoh: Kanak-kanak dipinggir oleh keluarga boleh mempengaruhi hubungannya dgn guru.
c) Sistem Ekso
Pengalaman kanak-kanak dan guru (pasif) dlm sesuatu tempat akan dipengaruhi oleh pengalaman dari tempat lain. JPN ….PPD ….SEKOLAH.
d) Sistem Makro
Melibatkan budaya yg lebih luas (nilai, adab resam) boleh mempengaruhi setiap individu.

e) Sistem Krono
Merujuk kpd keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang kanak-kanak.
Contoh: Kanak-kanak sekarang dibesarkan dlm teknologi elektronik.

2. Teori Perkembangan Pergerakan (motor) Arnold Gesel

•Arnold Gesel mempercayai baka/genetik sebagai pembentukan perkembangan kanak-kanak yg berbeza-beza.
•Kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama dan boleh mempengaruhi proses pembelajaran.
•Perkembangan kanak-kanak mengikut pola dan urutan tertentu dan kita boleh meramalkan perkembangan tingkah laku kanak-kanak.


•Peringkat perkembangan motor kanak-kanak:
•a) Peringkat pertama (lahir – 1 tahun).
•b) Peringkat kedua ( 1 tahun – 2 tahun).
•c) Peringkat ketiga (2 tahun – 3 tahun).
•d) Peringkat keempat (3 tahun – 4 tahun).
•e) Peringkat kelima (4 tahun – 5 tahun).
•3. Teori Tugas Perkembangan Havighurst
•Atan Long (1980) berpendapat `tugas perkembangan` adalah jangkaan dan harapan ibu bapa serta masyarakat tentang pencapaian sesuatu tingkah laku pada peringkat umur tertentu.
•Newman dan Newman (1999) menyatakan satu set kemahiran/kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu untuk meramal penguasaan terhadap persekitaran.

4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson
•Seseorang kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang hayatnya dan mereka mesti berjaya melepasi tahap dan krisis tersebut.
•Kanak-kanak yg gagal melepasi tahap tersebut akan gagal sehingga akhir hayat.

Pertama
0 – 18 bln
Percaya lwn tidak percaya
Kedua
18bln-3 thn
Autonomi lwn malu/sangsi
Ketiga
3thn-6 thn
Inisiatif lwn bersalah
Keempat
6thn-12 thn
Industri lwn rendah diri
Kelima
12 th -20th
Identiti lwn keliru
Keenam
20 th-40 th
Mesra lwn asing diri
Ketujuh
40 th-60 th
Generativiti lwn kendiri
Kelapan
60 th atas
•a) Kesediaan belajar


Implikasi
Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan kecerdasan. Murid lemah sekiranya tidak dibimbing akan ketinggalan pada tajuk-tajuk seterusnya.
•b) Objektif P &P
Guru perlu merangka objektif p & p sesuai dgn kebolehan yg pelbagai murid di dlm kelas.
•c) Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran
Pelajar bermasalah (disruptif dan destruptif) dlm p & p sering mengganggu perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga murid tingkah laku bermasalah positif.


•d) Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
•Setiap murid mempunyai gaya belajar yg berbeza spt audio, visual, proses maklumat secara global dan analitikal.
•e) Perbezaan Personaliti
•Perbezaan personaliti murid spt pintar tetapi pendiam, bersendirian pendiam, pintar ramai kawan, peramah dan ramai kawan dan berfikiran terbuka dan riang.

5.6 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

•a) Kaedah Kumpulan
Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran.
b) Program Pengayaan dan Pemulihan
Aktiviti ini dijalankan selepas P &P.
c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia
Perisian e-learning dlm komputer bersesuai dgn kebolehan murid.
d)Pengajaran Koperatif
Dlm sesuatu kumpulan terdiri drp murid heterogenius supaya mereka bantu membantu.

•e) Peneguhan Positif dan Negatif
Semasa p & p guru harus memberi peneguhan untuk membentu tingkahlaku murid.
f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan
Tugasan ini diberi sesuai dgn tahap keupayaan murid.
g) Pengajaran dan Pembelajaran Individu
Bimbingan individu kpd pelajar yg lemah.
h) Mempelbagai Bentuk Penilaian
Guru boleh menilai murid semasa aktiviti p&p.
i)Mempelbagai Strategi P & P
Strategi p & p haruslah menarik.
j) Mempelbagai Bahan Bantu Balajar
Bahan bantu mengajar yg menarik boleh meransang minda pelajar untuk berfikir.

No comments:

Post a Comment