Followers

Monday, 3 August 2009

SOALAN PRA UJIAN

1.
(a) Nyatakan TIGA pendekatan yang digunakan oleh aliran Humanistik.
(b) Terangkan pendekatan Kognitivisme yang dipelopori ahli-ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
(c) Bincangkan sebab-sebab guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan di dalam bilik darjah.

2.
(a) Huraikan secara ringkas maksud perkara-perkara berikut:
i. Temperamen.
ii. Tahap tenaga.
iii. Pola persahabatan.

(b) Terangkan perbezaan individu mengikut jantina berdasarkan kajian Maccoby dan Jacklin (1974).

(c) Bincangkan implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran guru.

3.
(a) Nyatakan TIGA kriteria penting proses pembelajaran mengikut pendapat Stalling (1973).
(b) Berikan TIGA faktor yang mempengaruhi penanggapan murid dalam pembelajaran.
(c) Bincangkan EMPAT cara guru dapat meningkatkan ingatan murid.

4.
(a) Nyatakan TIGA objektif mengapa seseorang individu itu mempunyai kemahiran berfikir?
(b) Jelaskan TIGA kecekapan menggunakan minda yang terdapat dalam kemahiran berfikir secara kreatif.
(c) Bandingkan antara kemahiran penakulan dengan kemahiran metakognisi. Berikan contoh.

5.
(a) Huraikan maksud dan objektif pendidikan inklusif.
(b) Jelaskan EMPAT faktor sebagai prasyarat kepada pelaksanaan pendidikan inklusif yang berkesan.
(c) Bincangkan objektif pendidikan pemulihan dan pengayaan kepadamurid-murid berkeperluan khas.

1 comment: