Followers

Sunday, 5 July 2009

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi
Gabungan perkataan Greek - Minda (Psyche) + Kajian (Logos).
Maksud: Kajian Minda melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, juga dikenali sebagai sains tingkah laku.
Whittaber William (1960): Kajian sainstifik tingkah laku dan aktiviti manusia.Baron (1989): Kajian sainstifik tingkah laku manusia dan proses mental.
Kajian sainstifik mengenai cara manusia berfikir dan pengaruhnya terhadap tingkah laku atau pengaruh peribadi individu terhadap tingkah lakunya.
Contoh:Mengkaji kaitan antara motivasi murid dengan pencapaian akademik mereka.Mengkaji kepuasan pelajar dan kemahiran berfikir mereka.
Kepentingan Psikologi:• Memahami manusia dengan lebih baik melalui tingkah lakunya.• Memahami faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya tingkah laku seseorang manusia.

Pendidikan
• Satu proses menyeluruh memperkembangkan kebolehan manusia dan tingkah laku.
• Satu proses sosial di mana seseorang mencapai kompetensi sosial dan pertumbuhan individu, dilaksanakan dalam situasi terpilih dan terkawal seperti di sekolah.
• Satu bentuk persekolahan formal untuk mendapatkan pengetahuan. Pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidik untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah dirancang.
• Satu proses perkembangan di mana pelajar dapat memperkembangkan fizikal, mental, sosial dan emosinya secara betul.
• Satu proses berterusan dimana seseorang diberi peluang belajar untuk menambahbaik diri, berketebukaan dalam mengasimilasik dan akomodasi idea baru, serta peka terhadap alam sekitarnya.
• Satu proses bersepadu untuk mencapai matlamat keperluan dan aspirasi masyarakat.
• Satu profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Psikologi Pendidikan
Memilih pengetahuan yang bersesuaian dari didiplin psikologi dan menggunakan pengetahuan ini untuk memberbaiki kualiti dan hasil proses pendidikan.

Kepentingan Psikologi Pendidikan
• Memahami tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian guru.
• Mengambar, menerangkan, mengawal, meramal tingkah laku dan seterusnya memodifikasi tingkah laku yang tidak diingini kepada yang diingini. • Digunakan untuk membaiki kualiti dan hasil proses pendidikan dalam bilik darjah.
• Memberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan prinsip psikologi untuk digunakan dalam bilik darjah.
• Memberi kesedaran kepada guru mengenai perbezaaan individu dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.
• Membantu guru merancang aktiviti yang sesuai dengan perkembangan pelajar.
• Memberi pengetahuan kepada guru untuk mengenai naluri dan keperluan murid.

No comments:

Post a Comment